

MEGA STEM4FUN
25 Jun 2024


Dengan Kerjasama

Tajaan oleh





AR Distributor
Program MEGA STEM4FUN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program mega ini. Kerjasama yang sangat baik dari semua pihak amatlah kami hargai.
Berdasarkan laporan pelaksanaan Program MEGA STEM4FUN yang pihak kami terima, pihak juri dalaman dan industri telah memilih sekolah berikut sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.
Sekolah dari Selangor:
Tempat Pertama:
Sekolah Kebangsaan Taman Medan
Tempat Kedua:
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina
Tempat Ketiga:
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 2
Sekolah dari Kuala Lumpur:
Tempat Pertama:
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
Tempat Kedua:
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl
Tempat Ketiga :
Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya
Tahniah diucapkan kepada pemenang. Terima kasih di atas sokongan semua. Pihak penganjur juga dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami secara sedar atau tidak sedar sepanjang program berlangsung.
Sekolah yang berjaya akan di hubungi oleh pihak urusetia untuk maklumat selanjutnya.
Terima kasih dan Tahniah!

Data STEM Malaysia
1:170
40%
19%
45%
Jurutera : Rakyat
(SPM) bidang STEM
SPM sains tulen
Siswazah STEM kerja luar bidang
Pertandingan
PENGHANTARAN LAPORAN PROGRAM STEM
Terima kasih pada semua sekolah yang telah menghantar laporan Mega STEM4FUN. Pihak urusetia sedang menilai setiap laporan yang telah di hantar. Proses penilaian ini dijadualkan berakhir pada 30 september 2024. Urusetia akan memaklumkan senarai nama pemenang di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan pada bulan Oktober 2024. Terima Kasih

Hadiah
Hadiah yang akan diterima berupa barangan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) atau barangan STEM, bergantung kepada permintaan sekolah, dengan nilai:
• Hadiah Pertama : RM 1500 (JPNS & JPWKL)
• Hadiah Kedua : RM 1000 (JPNS & JPWKL)
• Hadiah Ketiga : RM 500 (JPNS & JPWKL)
Jumlah keseluruhan : RM 6000